Sunday 31 March 2013

Bagaimana Mula Katering

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris
Foto: Carian Google



Bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri? Kedua-dua ini berkongsi matlamat yang sama iaitu ganjaran kewangan dan keseronokan. Untuk menguruskan perniagaan ia memerlukan motivasi, keinginan yang tinggi dan juga bakat selain banyak penyelidikan dan perancangan yang teliti. Sesiapa yang ingin menjalankan apa jua perniagaan perlu berfikir apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu atau hal-hal yang patut dikemudiankan, hanya untuk memastikan kejayaan dikecapi.


Adakan satu 'check-list' sebelum ingin memulakan perniagaan kerana ia akan melibatkan banyak faktor contohnya dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan lain-lain. Senarai semak akan membantu kita melihat, menggubal dan memahami perniagaan yang baru kita terokai dan ia membawa kita melalui setiap langkah apa yang perlu dilakukan.

Begitu juga dengan bisnes katering yang saya usahakan. Perniagaan katering ini adalah salah satu pernigaan dari rumah atau premis yang paling lumayan dan menguntungkan. Potensi pertumbuhan dan pengembangannya amat tinggi. Setiap hari mempunyai peristiwa tersendiri seperti sambutan hari jadi, majlis pertunangan / perkahwinan, mesyuarat rasmi badan kerajaan atau syarikat. Setiap majlis ini akan membuatkan kehadiran tetamu mungkin melebihi 50 atau 100 orang mengikut bajet masing-masing.

Peningkatan permintaan untuk perniagaan katering ni adalah didorong oleh peningkatan bilangan isi rumah berpendapatan tinggi, bilangan perkahwinan dan acara-acara yang meningkat dengan syarikat-syarikat, badan-badan amal atau individu yang memanggil katerer untuk merealisasikan majlis mereka.

Untuk memulakan bisnes katering perlulah mengkaji beberapa aspek seperti modal yang melibatkan kos overhead atau pembiayaan luar operasi, 'skill' menjual produk, kawasan dan tempat katerer, sasaran produk samada orang-perseorangan, badan kerajaan, swasta, sekolah dan sebagainya. Dalam perniagaan katering ini kita boleh bermula dengan modal yang kecil atau yang besar bergantung pada dompet kita yang membenarkannya.


Untuk memastikan kos permulaan yang rendah, kita boleh memilih untuk menyewa barangan terlebih dahullu sepeti menyewa pinggan mangkuk, alas meja atau juga perkakas yang lain. Dengan menyewa peralatan, kemudahan dan bekalan kita boleh menggunakannya beberapa bulan pertama sementara untuk membina reputasi perniagaan kita. Kita boleh mula membeli peralatan hanya apabila kita telah mempunyai perniagaan yang stabil.

**bersambung

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Terima kasih kerana memberi info yg berguna.... teruskan usaha murni anda...

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum puan. Saya baru jumpa blog puan. Bagaimana dg pembayaran gaji utk 1-2 staf yg permenant sbb st bercadang utk mula katering sepenuh masa mulai september 2017 ni. Tk puan

    ReplyDelete