Friday 22 March 2013

Bubur 'Tekalo' dan Sambal 'Gesek'

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Makanan ini adalah kegemaran ayah dan juga telah menjadi makanan berkala untuk keluarga kami. Mengikut kata ayah dari ibunya dan dari ibunya panggilan 'tekalo' datang dari perkataan tatkala membawa maksud ketika. 

Foto: Carian Google
Ketika itu diaplikasikan semasa ketiadaan beras yang cukup atau untuk menjimatkan penggunaan beras untuk nasi. Ini berlaku ketika zaman susah bermula zaman Jepun diikuti selepasnya dimana penduduk kampung masih bertani. Walaupun ada padi tetapi tidak dapat dijemur kering untuk dimesin atau ditumbuk atau dilesung. Puncanya kerana kerap hujan atau memang musim tengkujuh. Fenomena cuaca ini berlaku ketika hutan masih tebal dengan pokok, bumi masih banyak berpaya dan senario dikampung masih tebal dengan tumbuh-tumbuhan. Maka hujan mudah terjadi. Tidak seperti semenjak dua puluh tahun yang lalu bumi kita dah banyak gondol, hutan simpan beransur pupus dan bercucuk tanam tidak lagi manjadi hobi melainkan yang ada jiwa petani.


Foto: Carian Google
Tekalo ialah beras biasa yang direbus untuk dijadikan bubur nasi, akan dicurah santan kelapa yang pekat ketika bubur telah masak. Campuran santan hanya sedikit untuk rasa lemak. Sedap dimakan ketika ia panas dan yang paling 'syiok' dimakan dengan ikan masin goreng dan sambal gesek.





Foto: Carian Google
Sambal gesek ialah lada merah dan lada api ditumbuk dengan lesong takat tidak lumat kemudian dimasukan ikan bilis sudah dibasuh kemudian ditumbuk lagi untuk masukkan rasa lada ke dalamnya.  Dihidang atas piring dengan titisan asam limau nipis atau kasturi mengikut rasa. 

Jangan pertikaikan makanan ini banyak kolestrol sebab lemak santan kelapa, kerana orang-orang dulu habis sarapan atau makan tengahari mereka keluarkan peluh dengan bekerja disawah atau diladang. Semua keperluan dibuat menggunakan tenaga seperti mencari kayu api untuk memasak, mengambil air ditelaga, membawa ternakan ke padang rumput, menebang kayu sederhana besar untuk tonggak pagar dan lain-lain. Pendeknya semua guna tenaga. Tidak seperti sekarang kita sudah manja kerana ledakan teknologi yang mengambil alih kebanyakan kerja dimana-mana.

Para pembaca sekelian bolehlah membuat dan merasai keenakan Tekalo dan Sambal Gesek ini ya!

InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment