Friday 22 March 2013

Doa

Teks:  Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Khamis, 14hb Mac 2013. Hari-hari yang saya lalui membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjalankan kewajipan kepadaNYA, juga bersemangat sebagai ibu, isteri dan juga anak kepada kedua ayah dan emak saya. Saya sentiasa berdoa pada ALLAH agar diberikan kesihatan, keselamatan, kesenangan dan moga sentiasa didalam lindungan dan rahmatNYA.


Foto: Carian Google
Selepas perjumpaan mingguan di cawangan eTiQa Takaful di Seremban malam tadi, saya sampai ke rumah lebih kurang jam 12.30 tengah malam. Memang memenatkan kerana selepas bekerja di siang hari saya menghadiri perjumpaan di malamnya pula dan kemudian memandu dari Seremban ke Tampin mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan untuk sampai ke rumah. 

Sesampainya dirumah anak saya sudah lena dibuai mimpi. Emak dan ayah masih lagi menunggu saya kerana mereka berkata tidak boleh tidur jika saya belum selamat sampai ke rumah. Begitu tingginya kasih dan perhatian emak dan ayah pada saya dan adik-adik yang lain. Dahulu waktu bujang pun keperihatinan mereka tetap tidak berubah walaupun kami sudah berkahwin. Akan saya teruskan untuk anak-anak saya kelak. 

Mohon ALLAH beri saya ruang dan masa untuk saya berbakti pada emak dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kami adik beradik. 

Insya-ALLAH...


No comments:

Post a Comment