Friday 22 March 2013

Hidangan Penerbangan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Foto: Carian Google
Tentu kalian pernah menaiki pesawat atau kapal terbang untuk ke destinasi dalam negeri mahupun luar negara. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira pada yang pertama kali merasai menaiki kenderaan udara. Pada yang selalu menggunakannya 'alah bisa tegal biasa'. Pengalaman pertama kali saya menaiki pesawat, hati saya berdebar-debar mungkin kerana rasa takut, ngeri dengan ketinggian, dengan kata lain 'gayat' hehehe. Apabila pesawat ingin berlepas telinga saya akan berdengung kerana tarikan graviti tetapi apabila kapalterbang sudah stabil di udara telinga yang berdengung kembali normal.

Foto: Carian Google
Para krew kabin pula akan menerangkan ciri-ciri atau langkah-langkah keselamatan didalam pesawat. Selain menikmati panorama, keindahan dan kecantikan alam ciptaan ALLAH diudara, para penumpang akan disajikan dengan hidangan mengikut tempat dan masa destinasi tertentu. Contohnya, untuk penerbangan jarak pendek akan dihidangkan minuman ringan yang mudah manakala penerbangan yang memakan masa yang panjang akan disajikan makanan dan minuman. 



Foto: Carian Google
Apakah hidangan penerbangan ini? Ia adalah hidangan atau sajian yang dihidangkan kepada penumpang diatas kapalterbang komersial yang mana hidangan ini disediakan oleh perkhidmatan katering penerbangan. Hidangan yang disajikan akan berbeza dari segi kuantiti dan kualiti tertakluk pada sesebuah syarikat penerbangan dan mengikut kelas perjalanan.  Makanan akan diletakkan dalam bekas makanan tetapi untuk penerbangan kelas pertama dan perniagaan cara hidangan adalah berbeza, mungkin akan dihidangkan dalam satu dulang dengan alas meja, sudu logam dan barangan kaca. Makan malam penerbangan biasanya termasuk daging lembu atau ayam atau ikan, salad atau sayaur-sayuran berserta pencuci mulut.


Katerer penerbangan biasanya akan menyediakan makanan alternatif untuk penumpang yang berdiet ketat seperti diet perubatan (rendah atau tinggi serat/ lemak/ kolesterol, pesakit kencing manis atau darah tinggi) atau diet agama (bagi orang India yang tidak boleh makan daging lembu atau yang mengamalkan makan sayur-sayuran - ( 'vegetarian') hatta untuk makanan bayi tetapi ia perlulah terlebih dahulu ditempah mungkin pada masa pembelian tiket penerbangan.

No comments:

Post a Comment