Thursday 21 March 2013

Mangkuk Tingkat

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Anda pernah mendengar atau melanggan Mangkuk Tingkat? Apakah yang dimaksudkan dengan Mangkuk Tingkat ini? Ia adalah salah satu cabang katering juga iaitu memberikan perkhidmatan membekal makanan yang sudah dimasak mungkin untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan menggunakan mangkuk tingkat atau dikenali sebagai 'mangkuk sia' untuk sebelah utara atau 'mangkuk tippin' pada sebelah selatan Malaysia.

Mangkuk tingkat ini merupakan sejenis bekas bagi mengisi makanan yang telah dimasak dan telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi dan ianya juga sebagai simbol kepada semangat persaudaraan serta gotong royong antara masyarakat.

Untuk merealisasikan perkhidmatan atau program ini banyak perkara-perkara penting yang perlu diambilkira seperti cara membuat tempahan, tempoh tempahan, senarai menu sajian, harga bagi setiap sajian, jenis sajian yang ditawarkan, penghantaran makanan, tempoh masa penghantaran dan sebagainya. 

Bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil boleh cuba dengan perkhidmatan membekal makanan menggunakan mangkuk tingkat ini.

No comments:

Post a Comment