Friday 8 March 2013

Pengenalan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Nama yang diberi oleh ayahanda dan bonda, Sulatin Hananu binti Hj Mohd Aris. Saya rasakan begitu unik sekali sebabnya takde orang yang sama nama dengan saya macam orang lain yang berkongsi nama seperti Fatimah, Mariam, Zainab atau yang lain-lain hehehe. Saya dilahirkan pada 31hb Oktober 1973 di Hospital Besar Kuala Lumpur, anak jati kota metropolitan lah katakan. Tapi bilamana orang tahu nama saya, ramai yang bertanya saya ni orang mana? Jawa? Minang? Saya jawap Melayu Tulen hehehe.

Saya adalah anak perempuan sulung dalam 7 orang adik beradik, mempunyai seorang abang, dua orang adik perempuan n tiga orang adik lelaki. ALHAMDULILLAH ketika detik ini ayah, emak dan adik beradik yang lain masih dapat menikmati keindahan dan kecantikkan milik ALLAH s.w.t, namun adik lelaki saya yang no.4 (ALLAHyarham Hj Ahmad Adam Shah bin Hj Mohd Aris) telah 6 tahun pergi menemui PenciptaNYA.
Al-Fatihah...

Semasa 7 tahun saya bersekolah di Methodist Girls School Bangsar Kuala Lumpur dan kemudian pada umur 10 tahun saya berpindah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara Gombak Selangor kerana ayah, seorang Pegawai Kanan Polis yang ketika itu berkhidmat di Bukit Aman telah membeli rumah teres dua tingkat di Taman Koperasi Polis Gombak. Emak ketika itu bekerja di Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya saya bersekolah yang bercampur lelaki dan perempuan dan pergi ke sekolah Melayu membuatkan saya kekok dalam menyesuaikan diri berbanding sekolah yang terdahulu. Alhamdulillah setelah lebih 5 bulan bersekolah di Gombak saya dapat menyesuaikan diri. Setelah tamat Darjah 6 saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Seri Gombak, berdekatan dengan rumah saya. Disana saya bersekolah dari Tingkatan 1 hingga tamat pengajian Tingkatan 5.

Memandangkan adik-adik yang dibawah masih lagi kecil yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kerana mahu membantu ayah dan mak, saya mula mencari pekerjaan. Melalui jiran yang berkhidmat sebagai pendidik, dia memberitahu ada guru yang sedang bercuti bersalin dan sekolah memerlukan guru sandaran. Lantas saya pergi bertanyakan secara langsung ke Pejabat Pendidikan Negeri.

Berikutan mendapat keputusan yang baik, Alhamdulillah saya diterima untuk menjadi guru sandaran yang akan mengajar pelajaran Bahasa Inggeris. Saya sungguh gembira kerana dapat mendidik anak bangsa selama setahun.

Pada tahun 1995 saya memohon kerja di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Perkhidmatan saya dengan institusi kewangan itu bertahan selama 10 tahun. Semenjak dari itu saya cuba untuk bekerja sendiri, berbekalkan duit yang ada saya membeli novel-novel dari pelbagai 'publications' dan kemudiannya saya menjual novel-novel tersebut di kilang-kilang, pejabat-pejabat kerajaan dan juga di Nilai 3 Negeri Sembilan. 

Kemudiannya pula saya libatkan diri dengan bisnes katering bersama keluarga. Saya amat-amat bersyukur kerana mempunyai ayah, emak dan adik beradik serta saudara mara yang dapat bersama membantu perniagaan katering ini, baik dari bantuan modal dan juga tenaga kerja. Setakat ini syarikat katering kami sekeluarga sudah memberi perkhidmatan untuk pelbagai jenis keraian dari segi peringkat umur dan darjat, baik dari keluarga orang yang biasa-biasa mahupun orang berpangkat tinggi.

Sebenarnya dalam menjalankan apa jua bentuk perniagaan atau didalam pekerjaan, kita mesti tabah dan kuat dalam mengharungi pelbagai dugaan dan ujian dariNYA. Ada yang dengki mendengki dan tak kurang juga yang suka puji memuji. Saya sendiri sudah merasai onak duri, bahagia suka duka dalam menjalankan perniagaan katering ini bak kata pepatah Melayu ‘alah bisa tegal biasa’.

Hobi saya suka membaca novel Inggeris, Melayu dan buku-buku motivasi. Kadangkala untuk men’cas’ kan aura negatif ke positif yang sentiasa ada dalam diri ini, saya turut menyertai kursus-kursus motivasi yang diadakan oleh pakar-pakar motivasi di sekitar Melaka, Negeri Sembilan mahupun di Kuala Lumpur.

Namun cita-cita saya untuk mendapatkan kebebasan kewangan dan masa sepenuhnya untuk merantau ke seluruh pelusuk dunia bersama keluarga tersayang masih belum tercapai tetapi saya akan teruskan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal padaNYA. 

Insya-ALLAH saya akan SUKSES!!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah, permulaan yang baik sekali, kak mas suka, super hebat, ;)

    ReplyDelete