Foto: Carian Google
Katerer perlu mengikut
beberapa pendekatan proses dan prosedur yang telah ditetapkan kepada pelanggan
korporat yang mahukan perkhidmatan katering dalam menyiapkan dan mengedarkan
makanan kepada pelanggan. Hal ini dilaksanakan supaya segala proses permintaan,
penghantaran dan penyempurnaan kerja berjalan lancar seperti yang diharapkan
oleh pelanggan. Sebagai contoh katerer membuat rundingan dengan pelanggan,
memilih jenis produk makanan atau masakan, mendapat persetujuan bersama dan
akhirnya menunggu perlaksanaan dibuat.
Selain daripada
memberikan perkhidmatan penyediaan makanan, katerer perlulah melibatkan diri dengan
aktivti kemasyarakatan dan kebajikan. Ini juga
memberikan peluang dan idea kepada perniagaan katerer. Namun janganlah
membantu kerana inginkan ganjaran tetapi bantulah dengan ikhlas, mudah-mudahan
akan mendapat rezqi yang berpanjangan dan berkat.
Perniagaan makanan bermasak dikaitkan dengan kemahiran seseorang. Tidak semestinya seseorang yang tidak pandai masak tidak boleh menjalankan bisnes katering ni tetapi perlulah ada minat dan cita-cita serta konsisten dalam melakukan pekerjaan.
Penyediaan makanan dan cara-cara hiasan dalaman yang lebih baik boleh difikirkan oleh setiap pengusaha bisnes katering ini hanya untuk menarik minat pelanggan terhadap bisnes yang dibuat.
Selain memulakan bisnes
katering secara kecil-kecilan, perniagaan ini lebih mudah diurus kerana tidak
perlu menyediakan kertas kerja cukup dengan cara berbelanja yang bijak. Yang
paling penting pelanggan tidak berhutang kerana jualan secara tunai ini dapat
mengelakkan masalah kewangan.

Wallahu 'alam

No comments:
Post a Comment