Friday, 22 March 2013

Hidangan Penerbangan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Foto: Carian Google
Tentu kalian pernah menaiki pesawat atau kapal terbang untuk ke destinasi dalam negeri mahupun luar negara. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira pada yang pertama kali merasai menaiki kenderaan udara. Pada yang selalu menggunakannya 'alah bisa tegal biasa'. Pengalaman pertama kali saya menaiki pesawat, hati saya berdebar-debar mungkin kerana rasa takut, ngeri dengan ketinggian, dengan kata lain 'gayat' hehehe. Apabila pesawat ingin berlepas telinga saya akan berdengung kerana tarikan graviti tetapi apabila kapalterbang sudah stabil di udara telinga yang berdengung kembali normal.

Foto: Carian Google
Para krew kabin pula akan menerangkan ciri-ciri atau langkah-langkah keselamatan didalam pesawat. Selain menikmati panorama, keindahan dan kecantikan alam ciptaan ALLAH diudara, para penumpang akan disajikan dengan hidangan mengikut tempat dan masa destinasi tertentu. Contohnya, untuk penerbangan jarak pendek akan dihidangkan minuman ringan yang mudah manakala penerbangan yang memakan masa yang panjang akan disajikan makanan dan minuman. 



Foto: Carian Google
Apakah hidangan penerbangan ini? Ia adalah hidangan atau sajian yang dihidangkan kepada penumpang diatas kapalterbang komersial yang mana hidangan ini disediakan oleh perkhidmatan katering penerbangan. Hidangan yang disajikan akan berbeza dari segi kuantiti dan kualiti tertakluk pada sesebuah syarikat penerbangan dan mengikut kelas perjalanan.  Makanan akan diletakkan dalam bekas makanan tetapi untuk penerbangan kelas pertama dan perniagaan cara hidangan adalah berbeza, mungkin akan dihidangkan dalam satu dulang dengan alas meja, sudu logam dan barangan kaca. Makan malam penerbangan biasanya termasuk daging lembu atau ayam atau ikan, salad atau sayaur-sayuran berserta pencuci mulut.


Katerer penerbangan biasanya akan menyediakan makanan alternatif untuk penumpang yang berdiet ketat seperti diet perubatan (rendah atau tinggi serat/ lemak/ kolesterol, pesakit kencing manis atau darah tinggi) atau diet agama (bagi orang India yang tidak boleh makan daging lembu atau yang mengamalkan makan sayur-sayuran - ( 'vegetarian') hatta untuk makanan bayi tetapi ia perlulah terlebih dahulu ditempah mungkin pada masa pembelian tiket penerbangan.

'Mobile' Katering

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Foto: Carian Google
Sidang pembaca sekelian, kalian pernah mendengar mengenai 'mobile catering'? Apa itu 'mobile catering'? Untuk pengetahuan pembaca ia adalah salah satu cabang katerer  mudah alih yang membawa makanan atau hidangan yang telah dimasak secara langsung kepada pembeli dengan menggunakan kenderaan yang direka bagi tujuan tersebut. Katering mudah alih ini biasa kita lihat semasa pertunjukan konsert, di tempat kerja seperti diluar kawasan pejabat atau kilang ataupun di pusat perniagaan bandar mahupun diluar bandar.



Kesesuaian bentuk atau jenis kenderaan untuk katering bergerak ini bergantung juga dengan modal katerer. Mungkin pada yang berduit boleh membeli kenderaan yang selesa dan menarik perhatian pembeli ataupun pada yang kurang modal boleh juga mencipta kenderaan sendiri mengikut bajet tertentu. Walau apa pun tujuannya sama iaitu ingin mendapatkan wang atau menambah pendapatan.


Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Foto: Carian Google
Saya membuka lembaran akhbar Utusan Malaysia Mega Mode 14hb Februari 2013, terpandang saya satu bahagian yang begitu menarik perhatian saya. Inilah yang saya cari-cari. Masayu Ahmad, penulis buku Jana RM Dari Rumah. Hmmm... macam mana ye saya nak hubungi beliau? Lalu saya google Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) dan saya dapat menghubungi beliau melalui facebook. Memang dah lama sangat saya mencari guru yang boleh mengajar saya membuat blog ini, biarlah orang kata saya terlewat atau dah lambat tapi bagi saya 'better late than never'. Saya sanggup belajar macam budak tadika baru nak mengenal ABC, 123 dan sebagainya, yang penting perjalanan saya  untuk  mengetahui sedalam-dalamnya mengenai blog atau blogger ini akan tercapai, insyaALLAH. 



Foto: Carian Google
Setelah mendaftar sebagai pelajar Tutorial Asas Blog, saya dan kawan-kawan lain (juga telah mendaftar sebagai pelajar) diajar secara 'one to one' online melalui facebook bermula dari mencipta emel, membuat blog mengikut analisa yang telah diberikan. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Pn Masayu Ahmad mengajar saya yang 'zero knowledge' mengenai blog ni dengan penuh kesabaran. Saya memang akan banyak bertanya itu dan ini kerana ingin mendapatkan 'output' yang bernas lagi kreatif. Setiap hari Pn Masayu akan memberikan tugasan mengikut bidang. minat dan kemahiran masing-masing. Pn Masayu memberitahu pada yang baru mahu melatih menulis, tulislah setiap hari untuk catatan harian. Jangan tinggalkan dan lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. Hendaklah sentiasa konsisten dalam bidang penulisan ini. Tulis dengan jiwa. Tulis dengan ikhlas. Begitulah nasihat beliau.

Saya amat-amat berharap saya dapat melahirkan blog yang padat dengan informasi yang berguna kepada trafik blogger. 
Foto: Carian Google

InsyaALLAH..






Thursday, 21 March 2013

Mangkuk Tingkat

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Anda pernah mendengar atau melanggan Mangkuk Tingkat? Apakah yang dimaksudkan dengan Mangkuk Tingkat ini? Ia adalah salah satu cabang katering juga iaitu memberikan perkhidmatan membekal makanan yang sudah dimasak mungkin untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan menggunakan mangkuk tingkat atau dikenali sebagai 'mangkuk sia' untuk sebelah utara atau 'mangkuk tippin' pada sebelah selatan Malaysia.

Mangkuk tingkat ini merupakan sejenis bekas bagi mengisi makanan yang telah dimasak dan telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi dan ianya juga sebagai simbol kepada semangat persaudaraan serta gotong royong antara masyarakat.

Untuk merealisasikan perkhidmatan atau program ini banyak perkara-perkara penting yang perlu diambilkira seperti cara membuat tempahan, tempoh tempahan, senarai menu sajian, harga bagi setiap sajian, jenis sajian yang ditawarkan, penghantaran makanan, tempoh masa penghantaran dan sebagainya. 

Bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil boleh cuba dengan perkhidmatan membekal makanan menggunakan mangkuk tingkat ini.

Sumber Inspirasiku

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


"Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu itulah permulaan kami"... inilah bait-bait lagu ALLAHyarham Dato' Sudirman Hj Arshad yang begitu menyentuh jiwa raga dan qalbu apabila mendengarnya. Saya sendiri setiap kali lagu ini berkumandang akan menitislah air mata. Tidak tahu pula air mata kesedihan atau kesayuan atau pilu. Yang pasti air mata tetap akan mengalir tanpa dipinta. Saya sendiri sehingga kini tidak dapat nak membayar segala pengorbanan ayah dan emak. Harganya begitu tinggi, tidak ternilai. 

ALHAMDULILLAH umur saya bakal mencecah 40 tahun pada bulan Oktober akan datang, saya masih lagi mempunyai kedua ayah dan emak yang sihat dan ceria selalu. Saya sendiri selepas solat fardhu, sentiasa berdoa, memohon padaNYA agar dapat saya membahagiakan mereka dunia dan akhirat. 

"Ya ALLAH KAU peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka pelihara aku dari kecil hingga dewasa, ampunkan dosa-dosa mereka, panjangkanlah umur dan sihatkan tubuh badan mereka supaya dapat beribadat kepadaMU, bahagiakanlah jiwa dan raga mereka dengan KasihSayangMU, cukupkanlah keperluan mereka dengan keREDHOanMU"

Pada sesiapa yang masih lagi mempunyai kedua ibubapa nasihat saya berbakti, bahagiakanlah mereka semampu kalian sebelum mereka pergi menghadap PenciptaNYA. Saya sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimanakah situasi ini jika berlaku kepada saya. Mohon ALLAH beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cubaan dan dugaanNYA.

Ayah, Emak dan Puteriku
Saya juga sentiasa berdoa agar anak saya juga akan berbuat kebaikan kepada saya dan suami juga pada orang-orang disekelilingnya apabila dia besar nanti. Selain suami dan anak, ayah dan emak adalah sumber inspirasi saya untuk meneruskan kehidupan seharian saya. Ayah dan emak banyak memberikan semangat, dorongan, tunjuk ajar dari era persekolahan, era pekerjaan dan sehingga berkahwin pun masih lagi memberi perhatian yang tidak ternilai kepada saya dan adik-adik.

Wang ringgit, masa, doa, bantuan tenaga, fikiran mereka banyak diberikankan kepada saya dan adik-adik tanpa diminta untuk dibayar balik. Dan kita sebagai anak wajiblah menjalankan tanggungjawab terhadap mereka sehingga akhir hayat, dunia dan akhirat.

"Along sayang sangat-sangat pada ayah dan emak sampai bila-bila"...

Juga buat Suami dan puteriku... LOVE both of you always :)

InsyaALLAH...

Hi-Tea

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris




Foto: Carian Google


Kita biasa dengar dan pergi ke majlis ini. Ada yang panggil Hi-Tea atau High Tea atau Teh Tinggi, Majlis Sepetang, Minum Petang atau Teh Rendah dan macam-macam lagi gelaran mengikut kesesuaian sesebuah tempat atau negeri atau negara. Apapun gelarannya ia mempunyai maksud tersendiri.



                                     

Secara tradisinya ia adalah hidangan snek kecil seperti kek atau roti, diletakkan pada meja yang rendah dan waktu yang sesuai untuk majlis ini adalah dalam lingkungan pukul 4.00 hingga 6.00 petang.

Foto: Carian Google

Foto: Carian Google
Kebiasaannya di negara Barat, ia adalah majlis sosial untuk kaum wanita dan ia lebih kerap dinikmati oleh wanita berbanding dengan lelaki hingga kini. Tetapi di negara kita tidak pula dikhususkan pada lelaki atau wanita bahkan diraikan bersama-sama, sebagai contoh mungkin pada Majlis Perjumpaan Bekas Guru-Guru ataupun Majlis Sepetang bersama Pemimpin dan masyarakat atau Artis bersama peminat dan sebagainya.
                                                    

Monday, 18 March 2013

Katering Perkahwinan yang pertama...

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Tanggal 23hb Februari 2008 saya selamat dinikahkan oleh ayahanda dengan pilihan hati saya. Ayah berhasrat ingin melaksanakan sendiri katering untuk perkahwinan saya dengan kelengkapan-kelengkapan yang sedia ada. saya suka dengan warna biru jadi tema perkahwinan pada hari tersebut adalah kombinasi warna biru dan putih.




Kami menggunakan dome hidangan bagi tetamu-tetamu yang hadir pada hari tersebut.