Sunday 31 March 2013

Bagaimana Mula Katering

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris
Foto: Carian Google



Bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri? Kedua-dua ini berkongsi matlamat yang sama iaitu ganjaran kewangan dan keseronokan. Untuk menguruskan perniagaan ia memerlukan motivasi, keinginan yang tinggi dan juga bakat selain banyak penyelidikan dan perancangan yang teliti. Sesiapa yang ingin menjalankan apa jua perniagaan perlu berfikir apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu atau hal-hal yang patut dikemudiankan, hanya untuk memastikan kejayaan dikecapi.


Adakan satu 'check-list' sebelum ingin memulakan perniagaan kerana ia akan melibatkan banyak faktor contohnya dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan lain-lain. Senarai semak akan membantu kita melihat, menggubal dan memahami perniagaan yang baru kita terokai dan ia membawa kita melalui setiap langkah apa yang perlu dilakukan.

Begitu juga dengan bisnes katering yang saya usahakan. Perniagaan katering ini adalah salah satu pernigaan dari rumah atau premis yang paling lumayan dan menguntungkan. Potensi pertumbuhan dan pengembangannya amat tinggi. Setiap hari mempunyai peristiwa tersendiri seperti sambutan hari jadi, majlis pertunangan / perkahwinan, mesyuarat rasmi badan kerajaan atau syarikat. Setiap majlis ini akan membuatkan kehadiran tetamu mungkin melebihi 50 atau 100 orang mengikut bajet masing-masing.

Peningkatan permintaan untuk perniagaan katering ni adalah didorong oleh peningkatan bilangan isi rumah berpendapatan tinggi, bilangan perkahwinan dan acara-acara yang meningkat dengan syarikat-syarikat, badan-badan amal atau individu yang memanggil katerer untuk merealisasikan majlis mereka.

Untuk memulakan bisnes katering perlulah mengkaji beberapa aspek seperti modal yang melibatkan kos overhead atau pembiayaan luar operasi, 'skill' menjual produk, kawasan dan tempat katerer, sasaran produk samada orang-perseorangan, badan kerajaan, swasta, sekolah dan sebagainya. Dalam perniagaan katering ini kita boleh bermula dengan modal yang kecil atau yang besar bergantung pada dompet kita yang membenarkannya.


Untuk memastikan kos permulaan yang rendah, kita boleh memilih untuk menyewa barangan terlebih dahullu sepeti menyewa pinggan mangkuk, alas meja atau juga perkakas yang lain. Dengan menyewa peralatan, kemudahan dan bekalan kita boleh menggunakannya beberapa bulan pertama sementara untuk membina reputasi perniagaan kita. Kita boleh mula membeli peralatan hanya apabila kita telah mempunyai perniagaan yang stabil.

**bersambung

Tuesday 26 March 2013

Pemilihan Makanan dan Katerer

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Mungkin kita bercadang untuk mengadakan majlis kecil atau besar (bergantung kepada bajet) hari ini atau esok atau akan datang. Beberapa perkara perlu diambil-kira dalam memilih katerer atau hidangan yang akan disajikan kelak. Sebelum kita memilih katerer sudah tentu kita sudah sediakan apakah menu makanan yang diingini. Disini saya kongsikan serba sedikit mengenainya:-

1)   mencuba dahulu 'standard' makanan katerer semasa 'food tasting'
Foto: Carian Google

2) meminta pandangan katerer bagaimana dalam penyediaan makanan atau cara menghidang atau mungkin kita boleh memberitahu katerer akan kemahuan kita

Foto: Carian Google

3)  berkongsi idea/ pendapat/ cadangan dengan bakal katerer mengenai upacara majlis yang akan diadakan
4)  perlu ada ketelusan, kejujuran dalam perlaksaan untuk majlis yang bakal diadakan
5) persefahaman, tolak ansur juga memainkan peranan yang penting antara kita dan katerer

Foto: Carian Google

6) apabila sudah selesai majlis hendaklah kita memberikan ucapan terima kasih (thank you note) mungkin dengan memberi cenderahati sebagai tanda penghargaan kita terhadap katerer

Foto: Carian Google


Friday 22 March 2013

Bubur 'Tekalo' dan Sambal 'Gesek'

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Makanan ini adalah kegemaran ayah dan juga telah menjadi makanan berkala untuk keluarga kami. Mengikut kata ayah dari ibunya dan dari ibunya panggilan 'tekalo' datang dari perkataan tatkala membawa maksud ketika. 

Foto: Carian Google
Ketika itu diaplikasikan semasa ketiadaan beras yang cukup atau untuk menjimatkan penggunaan beras untuk nasi. Ini berlaku ketika zaman susah bermula zaman Jepun diikuti selepasnya dimana penduduk kampung masih bertani. Walaupun ada padi tetapi tidak dapat dijemur kering untuk dimesin atau ditumbuk atau dilesung. Puncanya kerana kerap hujan atau memang musim tengkujuh. Fenomena cuaca ini berlaku ketika hutan masih tebal dengan pokok, bumi masih banyak berpaya dan senario dikampung masih tebal dengan tumbuh-tumbuhan. Maka hujan mudah terjadi. Tidak seperti semenjak dua puluh tahun yang lalu bumi kita dah banyak gondol, hutan simpan beransur pupus dan bercucuk tanam tidak lagi manjadi hobi melainkan yang ada jiwa petani.


Foto: Carian Google
Tekalo ialah beras biasa yang direbus untuk dijadikan bubur nasi, akan dicurah santan kelapa yang pekat ketika bubur telah masak. Campuran santan hanya sedikit untuk rasa lemak. Sedap dimakan ketika ia panas dan yang paling 'syiok' dimakan dengan ikan masin goreng dan sambal gesek.





Foto: Carian Google
Sambal gesek ialah lada merah dan lada api ditumbuk dengan lesong takat tidak lumat kemudian dimasukan ikan bilis sudah dibasuh kemudian ditumbuk lagi untuk masukkan rasa lada ke dalamnya.  Dihidang atas piring dengan titisan asam limau nipis atau kasturi mengikut rasa. 

Jangan pertikaikan makanan ini banyak kolestrol sebab lemak santan kelapa, kerana orang-orang dulu habis sarapan atau makan tengahari mereka keluarkan peluh dengan bekerja disawah atau diladang. Semua keperluan dibuat menggunakan tenaga seperti mencari kayu api untuk memasak, mengambil air ditelaga, membawa ternakan ke padang rumput, menebang kayu sederhana besar untuk tonggak pagar dan lain-lain. Pendeknya semua guna tenaga. Tidak seperti sekarang kita sudah manja kerana ledakan teknologi yang mengambil alih kebanyakan kerja dimana-mana.

Para pembaca sekelian bolehlah membuat dan merasai keenakan Tekalo dan Sambal Gesek ini ya!

InsyaALLAH...

Doa

Teks:  Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Khamis, 14hb Mac 2013. Hari-hari yang saya lalui membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjalankan kewajipan kepadaNYA, juga bersemangat sebagai ibu, isteri dan juga anak kepada kedua ayah dan emak saya. Saya sentiasa berdoa pada ALLAH agar diberikan kesihatan, keselamatan, kesenangan dan moga sentiasa didalam lindungan dan rahmatNYA.


Foto: Carian Google
Selepas perjumpaan mingguan di cawangan eTiQa Takaful di Seremban malam tadi, saya sampai ke rumah lebih kurang jam 12.30 tengah malam. Memang memenatkan kerana selepas bekerja di siang hari saya menghadiri perjumpaan di malamnya pula dan kemudian memandu dari Seremban ke Tampin mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan untuk sampai ke rumah. 

Sesampainya dirumah anak saya sudah lena dibuai mimpi. Emak dan ayah masih lagi menunggu saya kerana mereka berkata tidak boleh tidur jika saya belum selamat sampai ke rumah. Begitu tingginya kasih dan perhatian emak dan ayah pada saya dan adik-adik yang lain. Dahulu waktu bujang pun keperihatinan mereka tetap tidak berubah walaupun kami sudah berkahwin. Akan saya teruskan untuk anak-anak saya kelak. 

Mohon ALLAH beri saya ruang dan masa untuk saya berbakti pada emak dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kami adik beradik. 

Insya-ALLAH...


Hidangan Penerbangan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Foto: Carian Google
Tentu kalian pernah menaiki pesawat atau kapal terbang untuk ke destinasi dalam negeri mahupun luar negara. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira pada yang pertama kali merasai menaiki kenderaan udara. Pada yang selalu menggunakannya 'alah bisa tegal biasa'. Pengalaman pertama kali saya menaiki pesawat, hati saya berdebar-debar mungkin kerana rasa takut, ngeri dengan ketinggian, dengan kata lain 'gayat' hehehe. Apabila pesawat ingin berlepas telinga saya akan berdengung kerana tarikan graviti tetapi apabila kapalterbang sudah stabil di udara telinga yang berdengung kembali normal.

Foto: Carian Google
Para krew kabin pula akan menerangkan ciri-ciri atau langkah-langkah keselamatan didalam pesawat. Selain menikmati panorama, keindahan dan kecantikan alam ciptaan ALLAH diudara, para penumpang akan disajikan dengan hidangan mengikut tempat dan masa destinasi tertentu. Contohnya, untuk penerbangan jarak pendek akan dihidangkan minuman ringan yang mudah manakala penerbangan yang memakan masa yang panjang akan disajikan makanan dan minuman. 



Foto: Carian Google
Apakah hidangan penerbangan ini? Ia adalah hidangan atau sajian yang dihidangkan kepada penumpang diatas kapalterbang komersial yang mana hidangan ini disediakan oleh perkhidmatan katering penerbangan. Hidangan yang disajikan akan berbeza dari segi kuantiti dan kualiti tertakluk pada sesebuah syarikat penerbangan dan mengikut kelas perjalanan.  Makanan akan diletakkan dalam bekas makanan tetapi untuk penerbangan kelas pertama dan perniagaan cara hidangan adalah berbeza, mungkin akan dihidangkan dalam satu dulang dengan alas meja, sudu logam dan barangan kaca. Makan malam penerbangan biasanya termasuk daging lembu atau ayam atau ikan, salad atau sayaur-sayuran berserta pencuci mulut.


Katerer penerbangan biasanya akan menyediakan makanan alternatif untuk penumpang yang berdiet ketat seperti diet perubatan (rendah atau tinggi serat/ lemak/ kolesterol, pesakit kencing manis atau darah tinggi) atau diet agama (bagi orang India yang tidak boleh makan daging lembu atau yang mengamalkan makan sayur-sayuran - ( 'vegetarian') hatta untuk makanan bayi tetapi ia perlulah terlebih dahulu ditempah mungkin pada masa pembelian tiket penerbangan.

'Mobile' Katering

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Foto: Carian Google
Sidang pembaca sekelian, kalian pernah mendengar mengenai 'mobile catering'? Apa itu 'mobile catering'? Untuk pengetahuan pembaca ia adalah salah satu cabang katerer  mudah alih yang membawa makanan atau hidangan yang telah dimasak secara langsung kepada pembeli dengan menggunakan kenderaan yang direka bagi tujuan tersebut. Katering mudah alih ini biasa kita lihat semasa pertunjukan konsert, di tempat kerja seperti diluar kawasan pejabat atau kilang ataupun di pusat perniagaan bandar mahupun diluar bandar.



Kesesuaian bentuk atau jenis kenderaan untuk katering bergerak ini bergantung juga dengan modal katerer. Mungkin pada yang berduit boleh membeli kenderaan yang selesa dan menarik perhatian pembeli ataupun pada yang kurang modal boleh juga mencipta kenderaan sendiri mengikut bajet tertentu. Walau apa pun tujuannya sama iaitu ingin mendapatkan wang atau menambah pendapatan.


Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Foto: Carian Google
Saya membuka lembaran akhbar Utusan Malaysia Mega Mode 14hb Februari 2013, terpandang saya satu bahagian yang begitu menarik perhatian saya. Inilah yang saya cari-cari. Masayu Ahmad, penulis buku Jana RM Dari Rumah. Hmmm... macam mana ye saya nak hubungi beliau? Lalu saya google Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) dan saya dapat menghubungi beliau melalui facebook. Memang dah lama sangat saya mencari guru yang boleh mengajar saya membuat blog ini, biarlah orang kata saya terlewat atau dah lambat tapi bagi saya 'better late than never'. Saya sanggup belajar macam budak tadika baru nak mengenal ABC, 123 dan sebagainya, yang penting perjalanan saya  untuk  mengetahui sedalam-dalamnya mengenai blog atau blogger ini akan tercapai, insyaALLAH. 



Foto: Carian Google
Setelah mendaftar sebagai pelajar Tutorial Asas Blog, saya dan kawan-kawan lain (juga telah mendaftar sebagai pelajar) diajar secara 'one to one' online melalui facebook bermula dari mencipta emel, membuat blog mengikut analisa yang telah diberikan. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Pn Masayu Ahmad mengajar saya yang 'zero knowledge' mengenai blog ni dengan penuh kesabaran. Saya memang akan banyak bertanya itu dan ini kerana ingin mendapatkan 'output' yang bernas lagi kreatif. Setiap hari Pn Masayu akan memberikan tugasan mengikut bidang. minat dan kemahiran masing-masing. Pn Masayu memberitahu pada yang baru mahu melatih menulis, tulislah setiap hari untuk catatan harian. Jangan tinggalkan dan lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. Hendaklah sentiasa konsisten dalam bidang penulisan ini. Tulis dengan jiwa. Tulis dengan ikhlas. Begitulah nasihat beliau.

Saya amat-amat berharap saya dapat melahirkan blog yang padat dengan informasi yang berguna kepada trafik blogger. 
Foto: Carian Google

InsyaALLAH..






Thursday 21 March 2013

Mangkuk Tingkat

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


Anda pernah mendengar atau melanggan Mangkuk Tingkat? Apakah yang dimaksudkan dengan Mangkuk Tingkat ini? Ia adalah salah satu cabang katering juga iaitu memberikan perkhidmatan membekal makanan yang sudah dimasak mungkin untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan menggunakan mangkuk tingkat atau dikenali sebagai 'mangkuk sia' untuk sebelah utara atau 'mangkuk tippin' pada sebelah selatan Malaysia.

Mangkuk tingkat ini merupakan sejenis bekas bagi mengisi makanan yang telah dimasak dan telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi dan ianya juga sebagai simbol kepada semangat persaudaraan serta gotong royong antara masyarakat.

Untuk merealisasikan perkhidmatan atau program ini banyak perkara-perkara penting yang perlu diambilkira seperti cara membuat tempahan, tempoh tempahan, senarai menu sajian, harga bagi setiap sajian, jenis sajian yang ditawarkan, penghantaran makanan, tempoh masa penghantaran dan sebagainya. 

Bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil boleh cuba dengan perkhidmatan membekal makanan menggunakan mangkuk tingkat ini.

Sumber Inspirasiku

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris


"Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu itulah permulaan kami"... inilah bait-bait lagu ALLAHyarham Dato' Sudirman Hj Arshad yang begitu menyentuh jiwa raga dan qalbu apabila mendengarnya. Saya sendiri setiap kali lagu ini berkumandang akan menitislah air mata. Tidak tahu pula air mata kesedihan atau kesayuan atau pilu. Yang pasti air mata tetap akan mengalir tanpa dipinta. Saya sendiri sehingga kini tidak dapat nak membayar segala pengorbanan ayah dan emak. Harganya begitu tinggi, tidak ternilai. 

ALHAMDULILLAH umur saya bakal mencecah 40 tahun pada bulan Oktober akan datang, saya masih lagi mempunyai kedua ayah dan emak yang sihat dan ceria selalu. Saya sendiri selepas solat fardhu, sentiasa berdoa, memohon padaNYA agar dapat saya membahagiakan mereka dunia dan akhirat. 

"Ya ALLAH KAU peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka pelihara aku dari kecil hingga dewasa, ampunkan dosa-dosa mereka, panjangkanlah umur dan sihatkan tubuh badan mereka supaya dapat beribadat kepadaMU, bahagiakanlah jiwa dan raga mereka dengan KasihSayangMU, cukupkanlah keperluan mereka dengan keREDHOanMU"

Pada sesiapa yang masih lagi mempunyai kedua ibubapa nasihat saya berbakti, bahagiakanlah mereka semampu kalian sebelum mereka pergi menghadap PenciptaNYA. Saya sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimanakah situasi ini jika berlaku kepada saya. Mohon ALLAH beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cubaan dan dugaanNYA.

Ayah, Emak dan Puteriku
Saya juga sentiasa berdoa agar anak saya juga akan berbuat kebaikan kepada saya dan suami juga pada orang-orang disekelilingnya apabila dia besar nanti. Selain suami dan anak, ayah dan emak adalah sumber inspirasi saya untuk meneruskan kehidupan seharian saya. Ayah dan emak banyak memberikan semangat, dorongan, tunjuk ajar dari era persekolahan, era pekerjaan dan sehingga berkahwin pun masih lagi memberi perhatian yang tidak ternilai kepada saya dan adik-adik.

Wang ringgit, masa, doa, bantuan tenaga, fikiran mereka banyak diberikankan kepada saya dan adik-adik tanpa diminta untuk dibayar balik. Dan kita sebagai anak wajiblah menjalankan tanggungjawab terhadap mereka sehingga akhir hayat, dunia dan akhirat.

"Along sayang sangat-sangat pada ayah dan emak sampai bila-bila"...

Juga buat Suami dan puteriku... LOVE both of you always :)

InsyaALLAH...

Hi-Tea

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris




Foto: Carian Google


Kita biasa dengar dan pergi ke majlis ini. Ada yang panggil Hi-Tea atau High Tea atau Teh Tinggi, Majlis Sepetang, Minum Petang atau Teh Rendah dan macam-macam lagi gelaran mengikut kesesuaian sesebuah tempat atau negeri atau negara. Apapun gelarannya ia mempunyai maksud tersendiri.



                                     

Secara tradisinya ia adalah hidangan snek kecil seperti kek atau roti, diletakkan pada meja yang rendah dan waktu yang sesuai untuk majlis ini adalah dalam lingkungan pukul 4.00 hingga 6.00 petang.

Foto: Carian Google

Foto: Carian Google
Kebiasaannya di negara Barat, ia adalah majlis sosial untuk kaum wanita dan ia lebih kerap dinikmati oleh wanita berbanding dengan lelaki hingga kini. Tetapi di negara kita tidak pula dikhususkan pada lelaki atau wanita bahkan diraikan bersama-sama, sebagai contoh mungkin pada Majlis Perjumpaan Bekas Guru-Guru ataupun Majlis Sepetang bersama Pemimpin dan masyarakat atau Artis bersama peminat dan sebagainya.
                                                    

Monday 18 March 2013

Katering Perkahwinan yang pertama...

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Tanggal 23hb Februari 2008 saya selamat dinikahkan oleh ayahanda dengan pilihan hati saya. Ayah berhasrat ingin melaksanakan sendiri katering untuk perkahwinan saya dengan kelengkapan-kelengkapan yang sedia ada. saya suka dengan warna biru jadi tema perkahwinan pada hari tersebut adalah kombinasi warna biru dan putih.




Kami menggunakan dome hidangan bagi tetamu-tetamu yang hadir pada hari tersebut. 




Saturday 9 March 2013

sawang oh sawang...


Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris



Perkara ini sudah diberitahu oleh pekerja saya tiga minggu yg lalu kerana sudah ditegur oleh orang atasan tempat saya mencari rezqi, namun saya masih lagi tercari-cari bilakah waktu yang sesuai untuk memulakannya. Hmmm...dalam fikiran saya hanya suami saya shj yang boleh buat sebabnya...ermmm byk sebabnya dan salah satunya mmg kerja orang lelaki tapi bukan orang perempuan tak boleh buat cuma takut-takut jika berlaku sesuatu yg tidak diingini. Bincang punya bincang dengan suami yang sememangnya sibuk dgn urusan kerjanya, akhirnya dapat diputuskan bilakah waktu yang sesuai untuk dilaksanakan tugas ini.

Seminggu yg lepas saya sudah memaklumkan kepada pekerja saya untuk hadir bekerja hari ini Sabtu 09hb Mac 2013 untuk membersihkan sawang-sawang yang dok ada di atas nunnn 40 kaki tingginya. Sejak dari mendapat hinggalah dah sampainya ke penghujung kontrak Pencucian dan Pembersihan bangunan ni kami jarang sangat bekerja hari Sabtu, boleh dikira dengan jari.

Saya dan suami bangun seawal pagi kerana perlu sampai ke destinasi dan memulakan kerja-kerja pembersihan sawang sebelum matahari mencelah. Oh ya! Lupa pula mahu diberitahu, puteri comel kami pun mahu ikut serta, last minit plan. Apalagi, hendak menguruskan puteri ini akan memakan masa sedikit. Lantas saya menelefon pekerja untuk mengatakan saya sampai agak lewat sedikit dari perancangan. Setelah selesai semuanya barulah kami bertolak.

Setengah jam kemudian saya sampai ke tempat yang dituju. Pekerja-pekerja saya sememangnya sedang menunggu kedatangan kami. Lantas suami mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk melaksanakan tugas pembersihan.





Selesai memunggah barang, saya terus memarkir van ditempat paking awam. Puteri saya begitu seronok mengikut sebabnya hari ini tak sekolah hehehe anak-anak yang masih ‘naive’. Operasi membersih sawang sudah bermula. Kasihan tengok suami yang sedang membuang sawang menggunakan ‘Industrial Wet n Dry Vacuum Cleaner’ terus terusan mendongak. Proses membuang sawang ni memakan masa selama 5 jam dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.






Akhirnya selesai juga tugasan membersih sawang hari ini. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 1 tengahari, puteri saya yang sedari awal sampailah nak habis kerja masih aktif ke sana ke sini tanpa menampakkan penatnya. Suami saya tak usah cakaplah, dengan penatnya dan peluh dan lapar hehehe. setelah memasukkan semula alatan yang telah digunakan tadi saya pun beredar dari situ.





Lebih kurang 40 minit kemudian kami sampai ke rumah. Puteri kami sememangnya sudah tidur setengah perjalanan tadi. Kesian penat jugak dia. Waktu Zohor baru sahaja masuk sewaktu kami sampai ke rumah. Saya membawa puteri saya masuk ke dalam bilik sementara suami pula mengeluarkan barangan pembersihan tadi untuk diletakkan ke tempat simpanan. Saya merehatkan diri seketika dan sudah memikirkan lepas shj solat Zohor saya mahu tidur. Suami saya pun begitu juga. Nampaknya lunch kami akan jadi ‘Hi-Tea’ hehehe.

Pukul 4 petang saya terjaga dan terus ke dapur untuk menyediakan ‘lunch’ kami yang di’post-pone’ ke petang. Setelah siap saya mengejutkan suami untuk makan bersama. Sedang kami menikmati makanan, puteri kami pun dah bangun dan terus meminta makanan. Selesai mengisi perut, mak memberitahu saudara mak sedang tenat dan teringin mak nak menziarahi. Lantas masuk sahaja waktu Asar kami bersolat dan bersiap untuk pergi menziarahi saudara yang sakit itu. Kami berada di rumah saudara mak itu selama 2 jam. Agak kritikal juga saya tengok keadaan Atok Shaari panggilannya. Moga ALLAH memberikan rahmatNYA.

Kami sampai ke rumah lebih kurang jam 7.20 petang dan tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang. Saya pun membuat apa yang perlu dan patut dibuat didalam rumah. Dan disebabkan kesibukan hari ini saya dan ditambah pula ada katering esok hari saya merasakan otak, tenaga dan badan saya sudah digunakan sepenuhnya walaupun sudah mendapat rehat selepas Zohor tadi.

Saya akan tidur awal malam ini kerana esok sebelum Subuh saya perlu menolong emak untuk menyediakan kelengkapan katering untuk jamuan makan tengahari, Majlis Tahlil dan Doa Selamat seramai 50 orang. Menunya??? Hmmm gulai lemak cili api telur itu dicampur dengan kulit rambai. Ayam goreng berempah, daging masak kicap, sayur goreng campur tauhu dan air sirap. Amacammm??? Sodap tak?

Esok akan saya coretkan lagi untuk segmen katering...

Sekian, assalamualaikum wbt.

Friday 8 March 2013

Pembersihan & Pencucian Bangunan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

ALHAMDULILLAH malam tadi saya tidur dengan nyenyaknya. Ada sebab untuk itu. Ini adalah kerana saya dapat berhubung dan berguru didalam Tutorial Asas Blog dengan Pn Masayu Ahmad, seorang penulis buku Jana RM dari Rumah. Saya terbaca kisahnya dari mega mode Utusan Malaysia bertarikh 14hb Februari 2013 dan amat tertarik dengan entri dalam akhbar tersebut.

Selain dari membuat katering, syarikat saya juga adalah Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk bidang Pencucian dan Pembersihan Bangunan. ALHAMDULILLAH kontrak ini pun sudah sampai ke penghujungnya setelah berkhidmat selamat 5 tahun di dua buah bangunan kerajaan. Setiap tempat saya mempunyai 4 orang pekerja yang berdedikasi. Tugas saya sebagai Penyelia adalah membuat seliaan terhadap setiap tugasan yang wajib dilakukan untuk harian, mingguan dan juga bulanan.

Masa bekerja untuk pekerja-pekerja saya di dua buah tempat ini adalah dari jam 7 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu pula sekiranya perlu dan bercuti pada setiap Ahad dan cuti umum yang diisytiharkan kerajaan. Skop kerja mereka adalah menyapu, membersih dan meng mop lantai, membersihkan tandas, membuang sampah dan sebagainya. Pada mula mendapat kontrak ini saya agak cuak juga takut-takut pekerja akan mula berhenti seorang demi seorang kerana perlu membersihkan 4 tingkat bangunan kerajaan ini dengan tiadanya lif. Tapi ALHAMDULILLAH ketakutan saya hilang bilamana pekerja-pekerja saya mula membiasakan diri masing-masing dengan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan.


Selesai sudah bekerja di siang harinya dan seperti malam tadi, saya diberikan tugasan oleh Pn Masayu Ahmad. Saya ini baharu nak belajar harap tidak menjadi keberatan untuk menjawab setiap persoalan dari saya.

Pengenalan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

Nama yang diberi oleh ayahanda dan bonda, Sulatin Hananu binti Hj Mohd Aris. Saya rasakan begitu unik sekali sebabnya takde orang yang sama nama dengan saya macam orang lain yang berkongsi nama seperti Fatimah, Mariam, Zainab atau yang lain-lain hehehe. Saya dilahirkan pada 31hb Oktober 1973 di Hospital Besar Kuala Lumpur, anak jati kota metropolitan lah katakan. Tapi bilamana orang tahu nama saya, ramai yang bertanya saya ni orang mana? Jawa? Minang? Saya jawap Melayu Tulen hehehe.

Saya adalah anak perempuan sulung dalam 7 orang adik beradik, mempunyai seorang abang, dua orang adik perempuan n tiga orang adik lelaki. ALHAMDULILLAH ketika detik ini ayah, emak dan adik beradik yang lain masih dapat menikmati keindahan dan kecantikkan milik ALLAH s.w.t, namun adik lelaki saya yang no.4 (ALLAHyarham Hj Ahmad Adam Shah bin Hj Mohd Aris) telah 6 tahun pergi menemui PenciptaNYA.
Al-Fatihah...

Semasa 7 tahun saya bersekolah di Methodist Girls School Bangsar Kuala Lumpur dan kemudian pada umur 10 tahun saya berpindah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara Gombak Selangor kerana ayah, seorang Pegawai Kanan Polis yang ketika itu berkhidmat di Bukit Aman telah membeli rumah teres dua tingkat di Taman Koperasi Polis Gombak. Emak ketika itu bekerja di Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya saya bersekolah yang bercampur lelaki dan perempuan dan pergi ke sekolah Melayu membuatkan saya kekok dalam menyesuaikan diri berbanding sekolah yang terdahulu. Alhamdulillah setelah lebih 5 bulan bersekolah di Gombak saya dapat menyesuaikan diri. Setelah tamat Darjah 6 saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Seri Gombak, berdekatan dengan rumah saya. Disana saya bersekolah dari Tingkatan 1 hingga tamat pengajian Tingkatan 5.

Memandangkan adik-adik yang dibawah masih lagi kecil yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kerana mahu membantu ayah dan mak, saya mula mencari pekerjaan. Melalui jiran yang berkhidmat sebagai pendidik, dia memberitahu ada guru yang sedang bercuti bersalin dan sekolah memerlukan guru sandaran. Lantas saya pergi bertanyakan secara langsung ke Pejabat Pendidikan Negeri.

Berikutan mendapat keputusan yang baik, Alhamdulillah saya diterima untuk menjadi guru sandaran yang akan mengajar pelajaran Bahasa Inggeris. Saya sungguh gembira kerana dapat mendidik anak bangsa selama setahun.

Pada tahun 1995 saya memohon kerja di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Perkhidmatan saya dengan institusi kewangan itu bertahan selama 10 tahun. Semenjak dari itu saya cuba untuk bekerja sendiri, berbekalkan duit yang ada saya membeli novel-novel dari pelbagai 'publications' dan kemudiannya saya menjual novel-novel tersebut di kilang-kilang, pejabat-pejabat kerajaan dan juga di Nilai 3 Negeri Sembilan. 

Kemudiannya pula saya libatkan diri dengan bisnes katering bersama keluarga. Saya amat-amat bersyukur kerana mempunyai ayah, emak dan adik beradik serta saudara mara yang dapat bersama membantu perniagaan katering ini, baik dari bantuan modal dan juga tenaga kerja. Setakat ini syarikat katering kami sekeluarga sudah memberi perkhidmatan untuk pelbagai jenis keraian dari segi peringkat umur dan darjat, baik dari keluarga orang yang biasa-biasa mahupun orang berpangkat tinggi.

Sebenarnya dalam menjalankan apa jua bentuk perniagaan atau didalam pekerjaan, kita mesti tabah dan kuat dalam mengharungi pelbagai dugaan dan ujian dariNYA. Ada yang dengki mendengki dan tak kurang juga yang suka puji memuji. Saya sendiri sudah merasai onak duri, bahagia suka duka dalam menjalankan perniagaan katering ini bak kata pepatah Melayu ‘alah bisa tegal biasa’.

Hobi saya suka membaca novel Inggeris, Melayu dan buku-buku motivasi. Kadangkala untuk men’cas’ kan aura negatif ke positif yang sentiasa ada dalam diri ini, saya turut menyertai kursus-kursus motivasi yang diadakan oleh pakar-pakar motivasi di sekitar Melaka, Negeri Sembilan mahupun di Kuala Lumpur.

Namun cita-cita saya untuk mendapatkan kebebasan kewangan dan masa sepenuhnya untuk merantau ke seluruh pelusuk dunia bersama keluarga tersayang masih belum tercapai tetapi saya akan teruskan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal padaNYA. 

Insya-ALLAH saya akan SUKSES!!!