Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris
Perkara ini sudah diberitahu oleh pekerja saya
tiga minggu yg lalu kerana sudah ditegur oleh orang atasan tempat saya mencari
rezqi, namun saya masih lagi tercari-cari bilakah waktu yang sesuai untuk
memulakannya. Hmmm...dalam fikiran saya hanya suami saya shj yang boleh buat
sebabnya...ermmm byk sebabnya dan salah satunya mmg kerja orang lelaki tapi
bukan orang perempuan tak boleh buat cuma takut-takut jika berlaku sesuatu yg
tidak diingini. Bincang punya bincang dengan suami yang sememangnya sibuk dgn
urusan kerjanya, akhirnya dapat diputuskan bilakah waktu yang sesuai untuk
dilaksanakan tugas ini.
Seminggu yg lepas saya sudah memaklumkan kepada
pekerja saya untuk hadir bekerja hari ini Sabtu 09hb Mac 2013 untuk membersihkan
sawang-sawang yang dok ada di atas nunnn 40 kaki tingginya. Sejak dari mendapat
hinggalah dah sampainya ke penghujung kontrak Pencucian dan Pembersihan
bangunan ni kami jarang sangat bekerja hari Sabtu, boleh dikira dengan jari.
Saya dan suami bangun seawal pagi kerana perlu
sampai ke destinasi dan memulakan kerja-kerja pembersihan sawang sebelum
matahari mencelah. Oh ya! Lupa pula mahu diberitahu, puteri comel kami pun mahu
ikut serta, last minit plan. Apalagi, hendak menguruskan puteri ini akan
memakan masa sedikit. Lantas saya menelefon pekerja untuk mengatakan saya
sampai agak lewat sedikit dari perancangan. Setelah selesai semuanya barulah
kami bertolak.
Setengah jam kemudian saya sampai ke tempat yang
dituju. Pekerja-pekerja saya sememangnya sedang menunggu kedatangan kami.
Lantas suami mengeluarkan barang-barang yang diperlukan untuk melaksanakan
tugas pembersihan.
Selesai memunggah barang, saya terus memarkir van
ditempat paking awam. Puteri saya begitu seronok mengikut sebabnya hari ini tak
sekolah hehehe anak-anak yang masih ‘naive’. Operasi membersih sawang sudah
bermula. Kasihan tengok suami yang sedang membuang sawang menggunakan
‘Industrial Wet n Dry Vacuum Cleaner’ terus terusan mendongak. Proses membuang
sawang ni memakan masa selama 5 jam dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Akhirnya selesai juga tugasan membersih sawang
hari ini. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 1 tengahari, puteri saya yang
sedari awal sampailah nak habis kerja masih aktif ke sana ke sini tanpa
menampakkan penatnya. Suami saya tak usah cakaplah, dengan penatnya dan peluh
dan lapar hehehe. setelah memasukkan semula alatan yang telah digunakan tadi
saya pun beredar dari situ.
Lebih kurang 40 minit kemudian kami sampai ke
rumah. Puteri kami sememangnya sudah tidur setengah perjalanan tadi. Kesian
penat jugak dia. Waktu Zohor baru sahaja masuk sewaktu kami sampai ke rumah.
Saya membawa puteri saya masuk ke dalam bilik sementara suami pula mengeluarkan
barangan pembersihan tadi untuk diletakkan ke tempat simpanan. Saya merehatkan
diri seketika dan sudah memikirkan lepas shj solat Zohor saya mahu tidur. Suami
saya pun begitu juga. Nampaknya lunch kami akan jadi ‘Hi-Tea’ hehehe.
Pukul 4 petang saya terjaga dan terus ke dapur
untuk menyediakan ‘lunch’ kami yang di’post-pone’ ke petang. Setelah siap saya
mengejutkan suami untuk makan bersama. Sedang kami menikmati makanan, puteri
kami pun dah bangun dan terus meminta makanan. Selesai mengisi perut, mak
memberitahu saudara mak sedang tenat dan teringin mak nak menziarahi. Lantas
masuk sahaja waktu Asar kami bersolat dan bersiap untuk pergi menziarahi
saudara yang sakit itu. Kami berada di rumah saudara mak itu selama 2 jam. Agak
kritikal juga saya tengok keadaan Atok Shaari panggilannya. Moga ALLAH
memberikan rahmatNYA.
Kami sampai ke rumah lebih kurang jam 7.20 petang
dan tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang. Saya pun membuat apa yang
perlu dan patut dibuat didalam rumah. Dan disebabkan kesibukan hari ini saya
dan ditambah pula ada katering esok hari saya merasakan otak, tenaga dan badan
saya sudah digunakan sepenuhnya walaupun sudah mendapat rehat selepas Zohor
tadi.
Saya akan tidur awal malam ini kerana esok
sebelum Subuh saya perlu menolong emak untuk menyediakan kelengkapan katering
untuk jamuan makan tengahari, Majlis Tahlil dan Doa Selamat seramai 50 orang. Menunya??? Hmmm gulai
lemak cili api telur itu dicampur dengan kulit rambai. Ayam goreng berempah,
daging masak kicap, sayur goreng campur tauhu dan air sirap. Amacammm??? Sodap
tak?
Esok akan saya coretkan lagi untuk segmen
katering...
Sekian, assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment