Friday, 8 March 2013

Pembersihan & Pencucian Bangunan

Teks: Sulatin Hananu binti Mohd Aris

ALHAMDULILLAH malam tadi saya tidur dengan nyenyaknya. Ada sebab untuk itu. Ini adalah kerana saya dapat berhubung dan berguru didalam Tutorial Asas Blog dengan Pn Masayu Ahmad, seorang penulis buku Jana RM dari Rumah. Saya terbaca kisahnya dari mega mode Utusan Malaysia bertarikh 14hb Februari 2013 dan amat tertarik dengan entri dalam akhbar tersebut.

Selain dari membuat katering, syarikat saya juga adalah Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk bidang Pencucian dan Pembersihan Bangunan. ALHAMDULILLAH kontrak ini pun sudah sampai ke penghujungnya setelah berkhidmat selamat 5 tahun di dua buah bangunan kerajaan. Setiap tempat saya mempunyai 4 orang pekerja yang berdedikasi. Tugas saya sebagai Penyelia adalah membuat seliaan terhadap setiap tugasan yang wajib dilakukan untuk harian, mingguan dan juga bulanan.

Masa bekerja untuk pekerja-pekerja saya di dua buah tempat ini adalah dari jam 7 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu pula sekiranya perlu dan bercuti pada setiap Ahad dan cuti umum yang diisytiharkan kerajaan. Skop kerja mereka adalah menyapu, membersih dan meng mop lantai, membersihkan tandas, membuang sampah dan sebagainya. Pada mula mendapat kontrak ini saya agak cuak juga takut-takut pekerja akan mula berhenti seorang demi seorang kerana perlu membersihkan 4 tingkat bangunan kerajaan ini dengan tiadanya lif. Tapi ALHAMDULILLAH ketakutan saya hilang bilamana pekerja-pekerja saya mula membiasakan diri masing-masing dengan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan.


Selesai sudah bekerja di siang harinya dan seperti malam tadi, saya diberikan tugasan oleh Pn Masayu Ahmad. Saya ini baharu nak belajar harap tidak menjadi keberatan untuk menjawab setiap persoalan dari saya.

1 comment:

  1. Hi assalamualaikum puan.. nk tnya ttg perniagaan pembersihan.. boleh wsap 01155500927

    ReplyDelete